Carian

Sunday, August 29, 2010

posto!!!!posto!!!!!!!

huhhhhh.....panasnya cuaca hari ini......lagi-lagi dalam bulan puasa ni....
dulu tak ada lah panas sangat macam ni....hutan-hutan dan pokok-pokok tolong kurangkan suhu bumi ni....tapi sekarang tak terkata panasnya...hutan-hutan dah digondolkan...yang paling giat berlaku ialah pembalakan haram... kesannya pada kita suhu bumi jadi panas...tapi pernah tak kita fikir kesan pada orangutan???
haaaaa.....tu yang nak bagi gali dalam-dalam tu....
penebangan pokok-pokok balak ni sebenarnya memusnahkan habitat orang utan.... para penebang pokok ni tak fikir jauh... Cuba bayangkan tempat tinggal kita dimusnahkan???? Kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya....kita senang ditimpa penyakit... Pasti dengan keadaan itu kehidupan kita akan terganggu dan banyak kematian akan berlaku.... Begitulah yang terjadi pada orang utan...mereka kehilangan tempat tinggal... Kerana itulah mereka semakin pupus...


Tak kesian ke kat anak saya ni??

Arghhh!!! Mana aku nak tinggal dan cari makan ni??
kepada para penebang sekalian....janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah... sudah kena pada diri sendiri dan keluarga barulah nak menyesal.... masa itu nasi dah jadi bubur....tak guna menyesal lagi.... berperikemanusiaanlah kepada orang utan.... JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI KEKEJAMAN!!!!! katakan SAYANG pada orang utan!!!!!!!!!!!!!!!

INFO ORANG UTAN,, Hanya tiga kawasan habitat Orang Utan di Sarawak!!!!

SIBU: Orang Utan hanya boleh ditemui di tiga kawasan hutan di Sarawak dan bukan di seluruh negeri ini, kata Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Penguang Manggil.

Beliau berkata, banyak pihak khususnya warga Barat, tersalah tanggapan bahawa haiwan itu boleh ditemui di semua kawasan hutan di Sarawak.
"Di Sarawak, Orang Utan hanya boleh ditemui di Santuari Hidupan Liar Lantjak Entimau, Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Sebuyau," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Earth Hour di sini malam tadi. 

Dr Penguang berkata, kerajaan meletakkan haiwan berkenaan dalam senarai "Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya" dan di bawah undang-undang yang ditetapkan, mereka yang memburunya boleh didenda hingga RM30,000 dan dihukum dua tahun penjara.

Beliau berkata, dianggarkan 2,500 hingga 3,000 Orang Utan kini mendiami tiga habitat berkenaan. Mengulas kebimbangan pihak tertentu mengenai kemungkinan pembinaan empangan akan merosakkan alam sekitar, beliau berkata kerajaan Sarawak sentiasa mematuhi prosedur dan standard antarabangsa.

"Sebelum sesebuah empangan dibina, kami perlu buat SEIA (Penilaian Kesan Terhadap Sosial dan Alam Sekitar) bagi menimbang semua risiko yang bakal dihadapi.

"Saya berpendapat kerajaan sentiasa prihatin dan tidak pernah membelakangkan prosedur. Kami sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan," katanya. 

Kasihanilah Mereka!!!!!!!



Makhluk ciptaan Tuhan adalah makhluk yang cukup sempurna. Mereka dicipta bukan sekadar untuk memenuhi ruang bumi yang kosong tetapi untuk merasai nikmat hidup di dunia. Semua itu akan menjadi "angan mat jenin" kerana sikap manusia yang tidak mempedulikan kisah hidup orang utan akan menderitakan spesis "pygmeous" itu. Gambar di atas menunjukkan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seekor orang utan betina kepada anaknya.. Sanggupkah anda meleburkan ikatan mereka??? Gambar seterusnya  menunjukkan seekor  anak orang utan yang bukan sahaja memerlukan kasih sayang daripada ibunya tetapi kasih sayang daripada manusia juga..... JADI JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENDERITA, BERILAH SOKONGAN KEPADA MEREKA DAN SAYANGILAH MEREKA!!!!!!!!!!
Related Posts with Thumbnails