Carian

Tuesday, August 31, 2010

wahhh...hebat!!!!!!

Orang Utan penjana sumber industri pelancongan Sarawak

KUCHING: Pakej ‘Earth Guest Discovery, Heart- 2Heart With Orang Utan yang pertama di Sarawak dan dunia diperkenalkan semalam hasil inisiatif Hotel Pullman Kuching dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC).
PERTAMA DI DUNIA: Len Talif (dua, kanan) dan Mini memecah kuib ais sebagai simbolik perasmian “The Earth Guest Discovery with Heart2Heart with Orangutan Package”. — Gambar Johnathan Bullet
PERTAMA DI DUNIA: Len Talif (dua, kanan) dan Mini memecah kuib ais sebagai simbolik perasmian “The Earth Guest Discovery with Heart2Heart with Orangutan Package”. — Gambar Johnathan Bullet
Majlis pelancaran pakej itu disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber yang juga Pengurus Besar SFC, Datuk Len Talif Salleh.
Len Talif memberitahu, SFC menyokong penuh agenda ‘hijau’ hotel berkenaan kerana ia seiring dengan objektif pemeliharaan SFC, terutama hidupan liar seperti Orang Utan yang dianggap sebagai warisan utama.
“Pakej yang pertama di dunia diperkenalkan hotel lima bintang ini sudah tentu akan memperhebatkan lagi usaha kita meningkat kesedaran dan penglibatan dalam akiviti-aktiviti pemeliharaan.
“Dengan merasai dan melihat dengan mata sendiri, kita percaya ia akan mewujudkan keinginan tinggi serta komitmen dalam kalangan orang ramai membantu kita melindungi, memelihara dan memulihara hidupan liar,” kata Len Talif.
Menyentuh mengenai populasi Orang Utan di negeri ini, Len Talif yang juga Pengarah Jabatan Hutan berkata, setakat ini dianggarkan 2,500 ekor yang dijumpai di Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Ulu Sebuyau membabitkan kawasan seluas 250,000 hektar.
“Sehingga hari ini 19 bayi Orang Utan dilahirkan iaitu 15 ekor di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan empat lagi di Pusat Hidupan Liar Matang. Dimaklumkan bayi terbaru lahir di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bulan lepas oleh ibunya dikenali Minah menjadikan jumlah keseluruhan Orang Utan 25 ekor di pusat berkenaan,” katanya.
Len Talif berkata, kerajaan menerusi SFC amat mengambil berat terhadap usaha memelihara serta melindungi hidupan liar termasuk Orang Utan di negeri ini menerusi undang-undang yang ketat, diikuti penguatkuasaan tegas yang dimulakan semenjak 1960an lagi.
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Pullman Kuching, Fabrice Mini berkata pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen hotel berkenaan terlibat secara aktif dalam tanggungjawab social korporat (CSR).
Tujuan pengenalan pakej berkenaan, katanya adalah bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman tetamu hotel berkenaan mengenai Orang Utan dan usaha pemuliharaan haiwan berkenaan di Sarawak.
“Pakej khas ini diperkenalkan untuk menggalakkan tetamu hotel ini dari seluruh dinia melihat secara langsung dengan program ‘Heart- 2Heart With Orang Utan’ tanpa banyak masalah kerana segala-galanya akan diurus terus oleh pihak hotel.
“Ini melibatkan pendaftaran, pengangkutan dan empat pilihan makan tengah hari (semasa) perkelahan yang terangkum dalam pakej ‘Earth Guest Discovery’ dengan bayaran sama jika tempahan dibuat terus dengan SFC tanpa bayaran tambahan,” jelas Mini.
Mini memberitahu, pakej itu adalah program sehari yang membolehkan peserta melawat pusat pemuliharaan Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang.
“Sebaik tiba di pusat-pusat hidupan liar dimaksudkan, peserta akan diberi taklimat mengenai program pemeliharaan sebelum dibawa melawat ke sekitar pusat berkenaan.

Kenapa Malaysia Istimewa????

Keratan Akhbar Kosmo!!!! Sabtu, 28 Ogos 2010: Malaysia mempunyai 53 keistimewaan,, salah satu daripadanya ialah Orang utan,, namun keistimewaan tersebut akan gugur sekiranya spesis tersebut semakin pupus. Tindakan yang rasional perlu diambil bagi membantu spesis tersebut daripada pupus. Hal ini demikian kerana tindakan yang diambil bukan sahaja dapat membantu haiwan tersebut malah imej negara juga akan tersebar luas hingga ke seantero dunia sekiranya Malysia mempunyai keistimewaan tersendiri.. Haiwan primat yang menjadi maskot negara ketika Sukan Komanwel pada tahun 1998 itu juga menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.. Jadi,, marilah bersama-sama menyelamatkan spesis tersebut.. SAVE THEM FOR OUR COUNTRY!!!

Sunday, August 29, 2010

posto!!!!posto!!!!!!!

huhhhhh.....panasnya cuaca hari ini......lagi-lagi dalam bulan puasa ni....
dulu tak ada lah panas sangat macam ni....hutan-hutan dan pokok-pokok tolong kurangkan suhu bumi ni....tapi sekarang tak terkata panasnya...hutan-hutan dah digondolkan...yang paling giat berlaku ialah pembalakan haram... kesannya pada kita suhu bumi jadi panas...tapi pernah tak kita fikir kesan pada orangutan???
haaaaa.....tu yang nak bagi gali dalam-dalam tu....
penebangan pokok-pokok balak ni sebenarnya memusnahkan habitat orang utan.... para penebang pokok ni tak fikir jauh... Cuba bayangkan tempat tinggal kita dimusnahkan???? Kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya....kita senang ditimpa penyakit... Pasti dengan keadaan itu kehidupan kita akan terganggu dan banyak kematian akan berlaku.... Begitulah yang terjadi pada orang utan...mereka kehilangan tempat tinggal... Kerana itulah mereka semakin pupus...


Tak kesian ke kat anak saya ni??

Arghhh!!! Mana aku nak tinggal dan cari makan ni??
kepada para penebang sekalian....janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah... sudah kena pada diri sendiri dan keluarga barulah nak menyesal.... masa itu nasi dah jadi bubur....tak guna menyesal lagi.... berperikemanusiaanlah kepada orang utan.... JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI KEKEJAMAN!!!!! katakan SAYANG pada orang utan!!!!!!!!!!!!!!!

INFO ORANG UTAN,, Hanya tiga kawasan habitat Orang Utan di Sarawak!!!!

SIBU: Orang Utan hanya boleh ditemui di tiga kawasan hutan di Sarawak dan bukan di seluruh negeri ini, kata Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Penguang Manggil.

Beliau berkata, banyak pihak khususnya warga Barat, tersalah tanggapan bahawa haiwan itu boleh ditemui di semua kawasan hutan di Sarawak.
"Di Sarawak, Orang Utan hanya boleh ditemui di Santuari Hidupan Liar Lantjak Entimau, Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Sebuyau," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Earth Hour di sini malam tadi. 

Dr Penguang berkata, kerajaan meletakkan haiwan berkenaan dalam senarai "Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya" dan di bawah undang-undang yang ditetapkan, mereka yang memburunya boleh didenda hingga RM30,000 dan dihukum dua tahun penjara.

Beliau berkata, dianggarkan 2,500 hingga 3,000 Orang Utan kini mendiami tiga habitat berkenaan. Mengulas kebimbangan pihak tertentu mengenai kemungkinan pembinaan empangan akan merosakkan alam sekitar, beliau berkata kerajaan Sarawak sentiasa mematuhi prosedur dan standard antarabangsa.

"Sebelum sesebuah empangan dibina, kami perlu buat SEIA (Penilaian Kesan Terhadap Sosial dan Alam Sekitar) bagi menimbang semua risiko yang bakal dihadapi.

"Saya berpendapat kerajaan sentiasa prihatin dan tidak pernah membelakangkan prosedur. Kami sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan," katanya. 

Kasihanilah Mereka!!!!!!!



Makhluk ciptaan Tuhan adalah makhluk yang cukup sempurna. Mereka dicipta bukan sekadar untuk memenuhi ruang bumi yang kosong tetapi untuk merasai nikmat hidup di dunia. Semua itu akan menjadi "angan mat jenin" kerana sikap manusia yang tidak mempedulikan kisah hidup orang utan akan menderitakan spesis "pygmeous" itu. Gambar di atas menunjukkan kasih sayang yang ditunjukkan oleh seekor orang utan betina kepada anaknya.. Sanggupkah anda meleburkan ikatan mereka??? Gambar seterusnya  menunjukkan seekor  anak orang utan yang bukan sahaja memerlukan kasih sayang daripada ibunya tetapi kasih sayang daripada manusia juga..... JADI JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENDERITA, BERILAH SOKONGAN KEPADA MEREKA DAN SAYANGILAH MEREKA!!!!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Warga facebook yang budiman!!!!!!


Salam,, kepada semua warga fecebook. tahukah anda bahawa orang utan berkongsi 97 peratus dengan DNA manusia.. ini bermakna mereka juga memerlukan kasih sayang yang secukupnya,, sanggupkah anda melihat mereka menderita kerana sikap anda yang mementingkan diri sendiri,,, fikirkan dan renungkan bagaimana derita seekor orang utan betina yang hanya boleh melahirkan seekor anak setiap 8 tahun tetepi anak mereka mati disebabkan kerakusan manusia!!! SO, GIVE THEM A BEAUTIFUL LIFE!!!!

Mulakan kerja blog!!!!!!!!!

jam menunjukkan pukul 5.00petang...
kami; hafiz, hazim, amalina, salihah....
bekerjasama mencari bahan untuk disebarkan kepada warga SMK SERI JEMPOL dan masyarakat setempat,, selain itu, kami juga mencari bahan yang lebih menarik supaya masyarakat lebih prihatin akan kehidupan orang utan,.....

ketekunan yang dipamerkan oleh kami diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada pelawat blog. akhir kata untuk hari ini SAVE ORANG UTAN!!!!! SHOW YOUR CONCERN TO THEM!!!!

Warga SMK SERI JEMPOL!!!!

Marilah bersama-sama kita menyelamatkan makhluk yang kain pupus ini,, kerana mereka juga makhluk ciptaan tuhan dan mereka juga mempunyai hak untuk terus hidup di bumi dirgahayu ini.. oleh sebab sikap manusia yang "selfish" haiwan tersebut tidak boleh merasai kenikmatan hidup di muka bumi. HULUR KAN RASA PRIHATIN ANDA TERHADAP ORANG UTAN!!!!!

We are survivors!!!!!!

Kami akan  bekerjasama untuk menyebarluaskan maklumat tentang orang utan,, walaubagaimanapun,, kami akan berusaha dengan keringat kami untuk menyelamatkan orang utan!!!!! SAVE ORANG UTAN!!!! NEW HOPE FOR THEM!!!!

Thursday, August 26, 2010

ohhh....orang utan!!!!

begitu comel makhluk tuhan ini.....tapi sayang....mereka semakin pupus ditelan arus kemodenan...
tidakkah anda tahu bahawa orang utan ini seakan-akan manusia?
yang membezakannya hanya mereka seekor binatang dan kita manusia...
tidak kasihankah kita apabila melihat mereka semakin berkurang dia atas muka bumi ini?
tidak terfikirkah kita akan harapan mereka pada kita?
marilah kita sama-sama memberi sinar kepada kehidupan mereka....
tak perlu membela mereka, hanya menjaga kehidupan mereka sudah cukup...
melihat mereka gembira lebih baik daripada membuat mereka menderita...
orang utan...sentiasa dihati...
kami sayang orang utan!!!!!!!!!!!!!!!!!





O..Senior..akan Kami Galas Amanah Ini Sebaiknya.

Sumber: http://sayangorangutan.blogspot.com/2010/08/new-hope-for-orangutan-kembali-lagi.html


Wednesday, August 25, 2010

SMK Seri Jempol Sahut Seruan Ini

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Nasibnya...siapa yang prihatin?

 Kami, dari SMK Seri Jempol masih lagi bersemangat tinggi untuk meneruskan usaha murni ini untuk menyedarkan dunia tentang nasib orang utan yang perlu dibela. Walaupun suara kami kecil, namun kami optimis dan yakin 'sesuatu yang besar bermula dengan sesuatu yang kecil'. Ayuh, tanyakan pada diri apa bukti kita prihatin pada orang utan, haiwan yang diancam kepupusan ini, "buka mata, buka minda "




Related Posts with Thumbnails