Carian

Tuesday, September 28, 2010

AKTIVITI TIGA BELAS: PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH

Salam kepada semua

Mari prihatin kepada orangutan,
Pertandingan peringkat sekolah kami laksanakan

Kempen prihatin orangutan diteruskan lagi di peringkat sekolah pula. Aktiviti telah dilaksanakan bermula 20 September 2010 sehingga 25 Oktober 2010. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan mengambil bahagian secara aktif. Terima kasih sekalung budi. Antara pertandingan yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan Mewarna
2. Pertandingan Mencari Perkataan
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Pertandingan Mencipta Sajak Orangutan
5. Pertandingan Mencipta Slogan.

Pengedaran borang pertandingan
 
Pertandingan bermula
Nak Mewarna
Nak guna warna apa ya?
Tulis nama...
Tekun menjawab
Mencari perkataan
Mana perkataan ni?
perkataan orang utan rupanya....
Teka Silang Kata

AKTIVITI DUA BELAS: STESEN MINYAK ESSO


Salam kepada semua

Pergi ke kedai bersama Cik Puan,
Stesen Minyak Esso jadi tumpuan.

Team POU telah mengedarkan flyers dan phamplet kepada pelanggan yang mengunjungi stesen minyak Esso Bandar Seri Jempol. Selain itu kami juga turut berpeluang mengedarkan risalah dan menerangkan kempen prihatin orangutan kepada pekerja dan pemilik stesen minyak tersebut. Alhamdulillah...semuanya menyokong usaha kami ini.

Kusyuk mendengar penerangan Hafiz
Baca puan...phamplet kami tu
Marilah kita bersama-sama menyokong kempen Prihatin Orang Utan

AKTIVITI SEBELAS: KUARTERS GURU BANDAR BARU SERTING

Salam kepada semua

Jempol lestari indah nian,
Kuarters Guru pula jadi tumpuan.


Salah satu langkah untuk memberikan informasi berkaitan kempen, Team POU telah ke Kuarters Guru Bandar Baru Serting. Kami berkesempatan untuk berjumpa beberapa orang guru yang menginap di sana dan mengedarkan phamplet. Namun agak mustahil untuk bertemu dengan semua penghuni ekoran kekangan tugas mereka maka kami telah mengedarkan phamplet dengan meletakkan bahan tersebut ke dalam peti surat setiap rumah di situ yang dianggarkan mempunyai 100 unit. Semoga langkah murni ini mendapat perhatian semua.

Hazim sedang memasukkan flyers di peti surat
Sempat lagi posing
Usaha Tangga Kejayaan



AKTIVITI SEPULUH: PPD JEMPOL JELEBU


Salam kepada semua

Enak sungguh nasi kerabu,
Destinasi seterusnya PPD Jempol Jelebu.

Team POU terus mengorak langkah...Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu menjadi tempat kami menyalurkan bahan untuk kempen Prihatin Orang Utan. Kesempatan diambil untuk meletakkan 'flyers' dan 'phamplet' di semua peti surat sekolah-sekolah daerah Jempol dan Jelebu. Kami berharap agar maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke semua sekolah tersebut tentang peri pentingnya menjaga spesis orangutan agar tidak pupus.

Tempat surat PPD Jempol Jelebu

Perhati surat ke tu Hafiz?

Sampai ke Cik Nina?

Sampai rupanya....



Monday, September 27, 2010

AKTIVITI SEMBILAN: SAWARI

Salam Kepada Semua

Baju dijahit penampilan berseri
Mari kita pergi SAWARI

Team Prihatin Orang Utan telah menempah t-shirt sempena kempen. Kesempatan juga diambil untuk menyampaikan maklumat kepada para petugas di sana berkaitan kempen Orangutan yang kami sertai. Rata-rata memberikan sokongan yang baik akan usaha murni kami ini.








AKTIVITI LAPAN: PUSAT TUSYEN WAWASAN MURNI

Salam kepada semua..

Beli ikan di Pasar Tamu,
Pusat tuisyen gedung ilmu.

25 September 2010 kami telah mengedarkan risalah berkaitan orangutan di Pusat Tuisyen Wawasan Murni di Bandar Bahau.Projek ini kami laksanakan seperti menyelam sambil minum air. Kami juga sebenarnya adalah pelajar di Pusat Tuisyen ini.Sokongan yang diterima sangatlah memberansangkan. Sementelah lagi dengan semangat yang diberikan oleh pengetua, guru-guru dan rakan-rakan yang lain.

Tekun melihat phamplet
Berikan sokongan
Sama-sama menjayakan kempen Prihatin Orang Utan

Saturday, September 25, 2010

AKTIVITI TUJUH: SEJENAK BERSAMA ADUN SERTING


Salam untuk semua...
Pisang nangka dibuat pengat,
Makan bersama di tengah laman,
Sokongan YB pencetus semangat,
Jasa YB kami ingati sepanjang zaman.

Kami juga telah berkesempatan untuk bertemu dengan ADUN Serting, YB Dato Shamsul Kahar b. Deli. Team POU merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan kami. Kesempatan ini diperguna sepenuhnya untuk menerangkan kepada YB Dato berkaitan kempen yang kami sertai. Lebih menggembirakan apabila YB Dato turut  memberikan sokongan yang padu atas usaha kami ini dan telah memberikan sumbangan untuk kami melaksanakan aktiviti dalam kempen. Terima kasih sekalung budi YB Dato Shamsul Kahar...Hanya Allah jua mampu membalasnya.


Pejabat YB Dato Shamsul Kahar Deli (ADUN Serting)
  
 Penerangan berkaitan kempen Orang Utan

Sumbangan YB untuk menjayakan kempen
YB menurunkan tandatangan sokongan atas kempen yang dilaksanakan
Terima Kasih atas sokongan YB Dato Shamsul Kahar Deli

AKTIVITI ENAM: PERTANDINGAN MEWARNA TABIKA

Salam buat semua.....

Makan nasi lauk ikan,
Ikan ditangkap dengan joran,
Aktiviti mewarna kami teruskan,
Tabika IPD Serting jadi tumpuan.


POU sekali lagi melakar sejarah pada 21 September 2010 yang lalu dengan mengadakan aktiviti mewarna di Tabika IPD Serting. Rata-rata pelajar di sini dalam lingkungan usia empat ke enam tahun dan kebanyakannya merupakan anak-anak anggota polis yang bertugas di IPD Serting. Tiga peneraju utama tabika ini ialah Cikgu Shimah, Cikgu Izzah dan Cikgu Azizah. Kerjasama daripada para guru dan adik-adik amat baik sekali. Malah pelbagai aksi dapat dilihat ketika proses pertandingan mewarna berlangsung. Ada yang mencuit hati dan adik-adik ini yang masih kecil juga seakan-akan memahami betapa pentingnya menjaga spesis orang utan. Justeru usia bukan penghalang untuk memberikan sokongan...Maka marilah kita bersama-sama memulihara spesis orang utan yang semakin pupus...Jangan nanti generasi hari depan hanya mampu melihat gambarnya sahaja tetapi tidak mampu lagi melihatnya dengan mata kasar di dunia nyata.....

 Penerangan Cikgu Muhazir dan  Team POU berjaya menarik minat adik-adik ini.

Cepat keluarkan pensil warna.Kita dah nak mula mewarna!
Amboi,sempat ambil gambar lagi!
Bagus betul adik-adik kita ni!!! bukan main tekun lagi..
Mereka mendapat sedikit penerangan daripada Cikgu Shima.
Mereka begitu bersemangat sekali!!
Cepat!!!! Hafiz meniupkan obor-obor semangat kepada adik-adik di sana.
Salihah turut membantu adik-adik di sana menulis nama mereka.
Begitu berharap adik Irfan kita ni nak menang!!
Suasana di sana begitu sunyi sekali kerana mereka begitu fokus mewarna!!
Mmmm!!! Bagus. teruskan usaha ye adik Fifi!!

AKTIVITI LIMA: PUSAT BELI BELAH



Melaka terkenal dengan indah
Mari kita ke pusat beli belah

Sejurus selepas ke Taman Mini Malaysia dan Muzium Lebah....kami telah ke Pusat Beli Belah Jusco. Di sana, kami turut memberikan penerangan dan mengedarkan phamplet dan Flyers kepada para pengunjung di sana. Rata-rata memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami...Terima kasih atas sokongan...

Kesempatan juga diambil untuk meletakkan bahan edaran di tempat letak kereta di pusat beli belah tersebut

Thursday, September 23, 2010

AKTIVITI EMPAT: TAMAN MINI MALAYSIA DAN MUZIUM LEBAH


Salam kepada semua...

Beli baju di gedung Sakan,
Destinasi baru kami tujukan.


Selepas kami menyebarkan risalah dan phamplet di Zoo Melaka kami bergegas ke Taman Mini Malaysia untuk meneruskan misi. Di sini kami memegang prinsip baru iaitu “pelancong antarabangsa jadi tumpuan, agar penyebaran memberi kesan” di sana kami menemui beberapa pelancong asing. Antaranya adalah dari negara Nigeria dan Itali. Kami sempat memberikan sedikit penerangan tentang kepupusan orang utan. Mereka turut memberikan kerjasama yang padu akan usaha kami. Selain pelancong asing, kami turut menyebarkan risalah kami di kedai-kedai cenderamata yang berhampiran.Malah para pengunjung tempatan tidak ketinggalan memberi kerjasama dan sokongan atas usaha murni memulihara spesis orang utan.

Kami turut berkesempatan menyebarkan risalah di Muzium Lebah...Para petugas di sana memberikan kerjasama yang baik...terima kasih sekalung budi.

Taman Mini Malaysia
Pelajar dari Nigeria
Tanda sokongan
Bersama memulihara spesis orang utan
Pelancong dari Itali
Sokongan dari pelancong amat kami hargai
Peniaga di gerai di Mini Malaysia
Adik-adik yang turut menyokong usaha kami
Tandatangan bang......
Kami prihatin
Muzium lebah
Tanda sokongan petugas di Muzium Lebah
Related Posts with Thumbnails