Carian

Wednesday, October 13, 2010

AKTIVITI DUA PULUH TIGA: KENDERAAN AWAM(BAS)

Salam kepada semua.. 

berjalan-jalan di Bandar Seremban,
penyebaran risalah kami teruskan.

Kami mempelbagai penyebaran kami dengan memberikan tumpuan kepada tempat-tempat awam contohnya kenderaan awam. Kami menyebarkan phamplet kepada orang awam agar mereka sama-sama menyokong dan mendapat pendedahan peri pentingnya menjaga spesis orang utan yang semakin terancam. Diharapkan usaha kami ini dapat menarik lebih ramai orang awam untuk menyokong kempen ini.

Bas

Penyebaran 'flyers'

Penerangan berkaitan kempen

Pemandu bas pun sokong kami ! hehehe


AKTIVITI DUA PULUH DUA: SEJENAK BERSAMA AHLI PARLIMEN

Salam kepada semua...

bumi tercinta ibu pertiwi,
ahli  parlimen kami temui.

Team Prihatin Orang Utan telah bergerak ke bangunan ahli parlimen Jempol Dato' haji Lilah Mohamad Yassin yang terletak di Bandar Bahau. Kami sempat memberitahu serba sedikit tentang kempen yang sedang kami jalankan. Ternyata, beliau menunjukkan reaksi yang positif atas usaha murni kami. Kami juga meminta sedikit dana bagi membiayai kempen kami. Selain itu, kami juga mendapatkan tandatangan sokongan bagi menunjukkan keprihatinan beliau.

AKTIVITI DUA PULUH SATU: PERASMIAN KEMPEN POU PERINGKAT SEKOLAH

Salam kepada semua....

berjalan-jalan di kolam ikan,
perasmian kempen kami jalankan.

Kami telah mengadakan majlis perasmian dan penutupan Kempen Prihatin Orang Utan (pOu). Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh warga sekolah. Warga sekolah memberikan sokongan yang padu atas kempen tersebut. Pengetua sekolah kami,  Pn. Hajah Norlida Bt. Jantan telah merasmikan kenpen tersebut. Kempen ini berjalan dengan lancar dan menerima pujian daripada warga sekolah.Kesempatan telah diambil bagi menjalankan kempen itu kerana pada hari itu sekolah telah menjalankan jamuan perdana Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. 

Perasmian Kempen

Ucapan Penyelaras POU

Ucapan Perasmian Pengetua

Pengetua menandatangani petisyen sokongan

Sokongan padu daripada Pentadbir

Antara pemenang aktiviti yang dianjurkan sepanjang kempen

Pemenang mencari perkataan tersembunyi

Terima kasih atas sokongan

Sukanya dapat hadiah

Pencipta sajak khas orang  utan peringkat sekolah

Deklamator sajak...


Senarai pemenang:

Pertandingan mewarna Pendidikan Khas:
  1. Mohd Asyraf b Samsul kamar (PPKI 1)
  2. Khairol Fadli (PPKI 3)
  3. Nursima bt Lokman (PPKI 1) 
  4. Nurul Shakila (PPKI 3)
  5. Katijah bt Abdul Hamid (PPKI 2)
Pertendingan menulis slogan:
  1. Azhan Syukri b Sulaiman (1 KRK)
  2. Raja Azran Azani (2 ARIF)
  3. Noraishah bt Naharudin (1 KRK)
Pertandingan mengarang puisi:
  1. Hariez b Jamal (4 BESTARI)
  2. Fatin Farhana bt A Razak (4 ARIF)
  3. Suhaimi b Ahmad Supari (4 ARIF)
Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi:
  1. Anis Amiza (4 ARIF) 
  2. Hafizudin b Md. Isa ( 3 ARIF)
  3. Nurshahida bt Abu Hassan (3 ARIF)
  4. Ahmad Mustakim (2 ARIF)
  5. Intan Shafiqa bt Mohd Arif  (4 ARIF)
  6. Nur Farahana bt Jemahar (3 ARIF) 
  7. Aidil Asra b Johar (2 ARIF)
  8. Nurul Aqilah bt Ahmad (3 ARIF)
  9. Roslinda bt Raof (4 ARIF)
  10. Fatin Syamimi bt Othman (4 ARIF)
Pertandingan Teka Silang Kata:
  1. Alif Akmal b Ab Kahar (3 BESTARI)
  2. Haniszatul Farhana bt Shukor ( 4 ARIF)
  3. Nurul Syifa Ilham bt Abdul Halim (3 ARIF) 
  4. Lokman b Abdul Majid (3 BESTARI)
  5. Siti Noradila bt Baharom (4 BESTARI)
  6. Azirah bt Samian (3 ARIF)
  7. Fikri b Abu Hanizan (3 BESTARI)
  8. Nur Hafizah bt Wahab (4 ARIF)
  9. Nurul Huda bt Yahya (3 ARIF)
  10. Nurul Nadzira bt Abdul Mutalib (3 ARIF)
Pertandingan Kuiz Bertulis:
  1. Salihin b Yaacob (2 ARIF)
  2. Ain Sofea bt Abdul Kadir (4 ARIF)
  3. Azeerul Akmal (2 ARIF)
  4. Siti Munifah bt Rahmat (4 ARIF)
  5. Rokiah bt Abdul Ghani (4 ARIF)
Penghargaan Pembikinan Lagu:
  1.  Mohd Fazrul Azri b Mohd Arif
  2. Intan Shafiqa bt Mohd Arif (4 ARIF)
  3. Intan Shafira bt Mohd Arif (4 BESTARI)
Persembahan Puisi:
  1. Pereka puisi: Norazeira bt Noh (4 ARIF)
  2. Pendeklamasi puisi; Noraishah bt Naharudin (1 KRK)
Penghargaan kepada guru-guru yang membantu secara langsung:
  1. En. Muhazir b Mispami
  2. Pn. Masita bt Husin
  3. En. Mohd Zafid b Mohd Nor
  4. Pn. Masrizayu bt Mustafa

    AKTIVITI DUA PULUH: SEHARI BERSAMA PELAJAR UPSR SK SERTING3

    Salam kepada semua...

    burung merbuk burung merpati,
    pelajar sekolah rendah kami dekati.

    Team Prihatin Orang Utan telah meneruskan usaha dengan pergi ke SK Serting 3. Kami mendekati pelajar-pelajar sekolah rendah kerana ingin menyuburkan semangat dan menimbulkan rasa prihatin mereka terhadap orang utan melalui kempen yang kami jalankan. Saudara Hafiz telah  memberikan taklimat betapa pentingnya memulihara spesis orang utan ini untuk kesinambungan hidup masa hadapan.Rata-rata adik-adik ini memberikan kerjasama yang cukup baik. Malah ada di antaranya yang telah dapat menjawab soalan kuiz spontan yang diberikan oleh team POU berkaitan orang utan. Terima kasih atas sokongan dan semoga segalanya mendapat rahmat daripada Tuhan.







    Related Posts with Thumbnails