Carian

Thursday, October 14, 2010

AKTIVITI TIGA PULUH: MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Salam kepada semua...

perjuangan negara di atas bahtera,
beralih pula ke Muzium Tentera.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.Kami turut pergi ke Muzium Tentera yang berhampiran dari kem tentera. Di sana, kami menemui ramai pengunjung yang berkunjung. Kami sempat berjumpa dengan beberapa Pegawai Tentera yang menjaga muzium tersebut. Mereka begitu kagum dengan hasrat murni kami.Sokongan mereka tidak dengan kata-kata sahaja, mereka juga menandatangani buku petisyen yang kami bawa.

Muzium Tentera Darat

Pintu masuk

Penerangan Hafiz kepada Pegawai Tentera di sana.

Sokongan melalui tandatangan

Sempat lagi bergaya

Pekerja di muzium tentera

Prihatin

Pengunjung yang datang

Begitu tekun sekali

Bergambar bersama pengunjung

AKTIVITI DUA PULUH SEMBILAN: KEM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Salam kepada semua...

semerah padi semangat mentera,
bergerak pula ke kem tentera.


Kami meneruskan perjalanan kempen kami ke Kem Tentera Darat Port Dickson. Pada hari yang sama, berlansung juga Majlis Penutupan Tamat Latihan Perajurit. Kami mengambil kesempatan untuk menyebarkan risalah kami kepada perajurit dan pegawai di kem tentera serta para pengunjung. Kami mendapat sokongan padu dan ucapan tahniah daripada mereka. 

Di hadapan  pintu masuk kem tersebut

Menandatangani buku petisyen

Turut memberikan sokongan

Sokongan
Di balai pengawal
Tunjukkan prihatin
Hulurkan sokongan
Macam takut je?
Sempat lagi bergambar
Ambil kesempatan pulak tu.

Prihatin terhadap kepupusan orang utan


AKTIVITI DUA PULUH LAPAN: KIARA SQUARE

Salam kepada semua...


Tinggi Bukit Siperjulangan,
Penyebaran diteruskan demi orang utan.

Seterusnya kami bergerak ke pusat beli belah yang menjadi tumpuan para penduduk di Daerah Jempol. Kami meletakkan risalah-risalah kami pada peti surat lot-lot kedai yang terdapat disana. Kami juga sempat bertemu beberapa orang yang berada disitu untuk memberi pamplet kami. 


Pintu hadapan Kiara Square.

Peti surat lot-lot kedai di Kiara Square.

Hafiz meletakkan risalah kami dalam peti surat itu.

Macam tak sampai je nak letak risalah tu Hafiz?





AKTIVITI DUA PULUH TUJUH: PRIYA SAKTHI ENTERPRISE

Salam kepada semua..

sarapan pagi makan pengat,
penyebaran diteruskan dengan semangat


Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyebarkan risalah melalui sisipan akhbar kerana akhbar merupakan bahan bacaan yang kerap dibaca. Kami memilih kedai Priya Sakthi Enterprise kerana ia merupakan induk kedai akhbar di Jempol. Sokongan juga diberikan daripada mereka.

Papan tanda Priya Sakhti Enterprise.

Sedikit bayaran dikenakan untuk menyisip risalah kami pada akhbar.

Hafiz sempat menerangkan kempen kami kepada salah seorang pekerja di situ.

Penyerahan risalah kepada pekerja kedai.


AKTIVITI DUA PULUH ENAM: BANDAR BAHAU

Salam kepada semua..

Orang utan untuk generasi hadapan,
Di Bandar Bahau kami sebarkan.

Team pOu telah bergerak ke Bandar Bahau di mana pekan tersebut menjadi tumpuan penduduk-penduduk sekitar Jempol untuk membeli barangan keperluan. Jadi, kami telah memilih tempat tersebut untuk menyebarkan risalah kami dengan lebih meluas.Keprihatinan orang awam sangat diperlukan bagi mengelakkan kepupusan orang utan.

Salah sebuah kedai di Bandar Bahau

Bersama pekerja kedai

Papan tanda

Sokongan yang bagus kerana sempat bergaya

AKTIVITI DUA PULUH LIMA: TERMINAL TEKSI

Salam kepada semua..

Team berusaha penuh dedikasi
Bergerak pula ke Hentian Teksi

Hentian teksi menjadi tumpaun kami untuk menyebarkan risalah kempen kepada para pemandu teksi dan penumpang. Hal ini bersesuaian dengan hasrat untuk penyebaran secara menyeluruh berkaitan kepupusan orang utan. Sebagai warga prihatin, diharapkan kerjasama dapat diberikan dengan sepenuh hati.

Di hadapan hentian teksi

Menerangkan tentang kempen kami

Saliha, kenapa? mengantuk ke?

Sokongan daripada pemandu-pemandu teksi

AKTIVITI DUA PULUH EMPAT: TERMINAL BAS

Salam kepada semua...

Anak Pak Abu memasak nasi
terminal bas pula jadi destinasi

Team POU telah meneruskan kempen di terminal bas. Hal ini demikian kerana tempat ini menjadi tumpaun pelbagai lapisan masyarakat yang menggunakan pengangkutan bas untuk ke satu-satu destinasi. Maka diharapkan ramai anggota masyarakat yang prihatin dan peka berkaitan kepupusan orang utan seterusnya menyokong kejayaan kempen kami.

Papan tanda terminal bas

Hafiz memberikan phamplet kepada orang awam

Amboi!! Sempat lagi bergaya.

Related Posts with Thumbnails