Carian

Sunday, August 29, 2010

INFO ORANG UTAN,, Hanya tiga kawasan habitat Orang Utan di Sarawak!!!!

SIBU: Orang Utan hanya boleh ditemui di tiga kawasan hutan di Sarawak dan bukan di seluruh negeri ini, kata Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Penguang Manggil.

Beliau berkata, banyak pihak khususnya warga Barat, tersalah tanggapan bahawa haiwan itu boleh ditemui di semua kawasan hutan di Sarawak.
"Di Sarawak, Orang Utan hanya boleh ditemui di Santuari Hidupan Liar Lantjak Entimau, Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Sebuyau," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Earth Hour di sini malam tadi. 

Dr Penguang berkata, kerajaan meletakkan haiwan berkenaan dalam senarai "Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya" dan di bawah undang-undang yang ditetapkan, mereka yang memburunya boleh didenda hingga RM30,000 dan dihukum dua tahun penjara.

Beliau berkata, dianggarkan 2,500 hingga 3,000 Orang Utan kini mendiami tiga habitat berkenaan. Mengulas kebimbangan pihak tertentu mengenai kemungkinan pembinaan empangan akan merosakkan alam sekitar, beliau berkata kerajaan Sarawak sentiasa mematuhi prosedur dan standard antarabangsa.

"Sebelum sesebuah empangan dibina, kami perlu buat SEIA (Penilaian Kesan Terhadap Sosial dan Alam Sekitar) bagi menimbang semua risiko yang bakal dihadapi.

"Saya berpendapat kerajaan sentiasa prihatin dan tidak pernah membelakangkan prosedur. Kami sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails