Carian

Tuesday, October 5, 2010

AKTIVITI TUJUH BELAS : SEDARI AWAL...

Salam kepada semua...

ikan duri, ikan belanak;
kempen dari kanak-kanak

Sementelah disedari kempen haruslah dipupuk dan dididik dari kecil agar kesedaran ini bermula seawal mungkin,maka kami mengorak langkah meletakkan "banner" kempen prihatin orangutan di setiap pintu masuk dan pagar sekolah rendah. Besarlah harapan kami agar usaha ini mampu memberikan kesedaran kepada mereka...


Di pintu masuk SK Batu Kikir...

Berlatar belakangkan SK Batu Kikir


Di SRK Agama Batu Kikir
Kenapa tu Hafiz? Macam geram je? hehehe...

AKTIVITI ENAM BELAS: KEMPEN MELALUI BANNER 2

Salam kepada semua..,

Batu Kikir jambatan besi,
kempen promosi diteruskan lagi

Untuk memastikan kempen orangutan ini lebih menyeluruh maka kami telah menggantung banner di setiap jejantas yang menjadi laluan utama ke Seremban dan ke pantai barat.Usaha ini dilaksanakan demi melestarikan gagasan kami yang lebih kondusif .


Arah ke Seremban


Arah ke Pantai Barat

Diskusi 2:

Salam kepada semua

Team POU kembali lagi,
menjana idea merancang strategi.

Kami telah mengadakan perbincangan untuk merangka aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan warisan generasi orangutan yang semakin pupus. Kami menjana idea dengan bantuan guru penasihat untuk memberikan komitmen terbaik bagi memastikan kelancaran kempen ini. Semua ahli menunjukkan sikap positif dan sentiasa bersedia untuk menggerakkan aktiviti yang dirancang. Malah kami akan saling berbincang dalam memasukkan bahan ke dalam blog. Semangat kerjasama ini menjadi pegangan kami untuk memastikan kejayaan kempen yang dilaksanakan....Terima kasih atas kerjasama penyelaras Pusat Sumber SMKSJ yang memberikan kerjasama untuk menggunakan bilik audio sekolah yang mempunyai kemudahan internet untuk kami mencari bahan berkaitan orang utan.

Bekerjasama mencari bahan
Tekun
Blog kami...

Kerjasama dalam memasukkan bahan baru ke dalam blog
Tanggungjawab dipikul bersama
Related Posts with Thumbnails