Carian

Tuesday, October 19, 2010

PUNCA PUPUS




23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friend of the Earth mendedahkan :
1.    Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
2.    Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
3.    Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
4.    Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
5.    Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
6.    Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.
7.    Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan  kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails