Carian

Tuesday, October 19, 2010

MENGENAI ORANGUTAN

PEMAKANAN:- Orangutan ialah omnivor yang memakan daging dan tumbuh-tumbuhan tetapi biasanya mereka ialah herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Mereka makan buah-buahan(makanan kegemaran mereka), daun, dahan pokok dan pucuk daun yang segar. Mereka juga makan serangga kecil.

KEPANDAIAN:- Orangutan sangat cerdik. Mereka tahu menggunakan objek sekeliling mereka untuk alat. Contohnya mereka menggunakan daun besar untuk dijadikan payung untuk mengelakkan kebasahan. Mereka juga menggunakan daun sebagai cawan untuk membantu mereka minum.

KELAKUAN:- Orangutan pemalu dan suka bersendirian. Mereka hanya aktif pada siang hari. Mereka tinggal bersendirian di kawasan yang lebar. Hal ini demikian kerana mereka memerlukan kawasan yang lebar untuk mendapatkan makanan lebih. Jika terlalu banyak orangutan dalam satu kawasan mereka akan kebuluran.

TEMPAT TIDUR:- Setiap petang, orangutan membuat 'sarang' atas pokok untuk mereka tidur. Sarang mereka diperbuat daripada daun-daun dan ranting kayu. Sarang itu dikongsi oleh orangutan betina dan anak yang masih disusuinya. Mereka juga menggunakan daun untuk melindungi diri daripada kehujanan. Mereka biasanya tidur seketika pada waktu tengah hari selepas penat mencari makanan pada waktu pagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails