Carian

Wednesday, September 22, 2010

AKTIVITI DUA: MELODI UNTUK ORANG UTAN


Salam kepada semua....

sekembang pagi di atas tunggul,
sekali lagi kami muncul

Pada 7 September 2010, kami (Team Prihatin Orang Utan) telah pergi ke rumah salah seorang sahabat kami yang bernama Intan Shafiqa. Di sana, kami membincangkan lagu tema bagi kempen yang kami sedang jalankan. Kami cuba membuat kelainan pada  kempen kami dangan mampelbagaikan kaedah penyebaran bukan sahaja melalui risalah dan phamplet malah melalui lagu tema kami. Lirik lagu kami telah dicipta oleh Abang Fazrul yang merupakan abang kepada sahabat kami itu.




PRIHATIN
1, 2, 3 mari dengar ini cerita,
kisah haiwan yang kian pupus,
yang bernama orang utan, (2x)   

orang utan semakin pupus,
manusia semakin rakus,
dengan alam yang indah berseri,
mana pergi habitat ini,

orang utan semakin pupus,
bagaimana mereka meneruskan hidup,
habitatnya yang semakin hilang,
mari kita selamatkan orang utan,

mari, mari, mari, (2x)
selamatkan orang utan,
mereka mahu hidup seperti kita,
semarakkan semangat ini,
demi selamatkan haiwan ini,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails