Carian

Wednesday, September 22, 2010

Ceritera "Seri" "Mawar"

 Salam kepada semua.........

Tangkap burung dalam hutan,
Apa lagi pasal orang utan?

Tersebut al hikayat pada suatu masa dahulu,terdapat 4 pendekar dan 3 pembesar berhasrat untuk melawat ke negara Zoo Melaka. Diceritakan orang di negara tersebut terdapat dua spesies makhluk yang kian terancam yang bernama Mawar dan Seri.Tanggal 15 September 2010 menjadi tarikh keramatnya.
Tatkala embun pagi masih menitis, para pendekar dan pembesar tersebut meneruskan misi mereka untuk melawat ke negara Zoo Melaka dengan menunggang seekor binatang yang bernama 'kereta'.Usai tiba di sana, mereka disambut dengan senyuman manis yang terukir di bibir para hulubalang negara tersebut. Mereka kemudiannya dibawa masuk ke Istana Pejabat Zoo Melaka untuk bertemu salah seorang memanda menteri negara tersebut iaitu Encik Masri.



Selesai beramah mesra bersama Encik Masri,para pembesar dan pendekar terbabit dibawa melihat kawasan sekeliling negara tersebut.Tatkala bersiar-siar di kawasan taman,,hati para pembesar dan pendekar terbabit bagai dicuit-cuit melihat telatah dua spesies makhluk yang bernama Mawar dan Seri itu.Meskipun telatah mereka lincah namun  wajah mereka kelihatan suram. Begitu tersentuh hati para pendekar terbabit.



Lamunan para pendekar terbabit berkecai apabila mereka disapa oleh Encik Anuar yang merupakan pelatih dua  spesies makhluk tersebut.Berikut merupakan wawancara bersama Encik Anuar:



Pendekar: Assalamualaikum...Bolehkah hamba mengajukan beberapa soalan perihal dua makhluk itu?

Encik Anuar: Waalaikumussalam.Sudah semestinya boleh.

Pendekar:Sudah lamakah tuan hamba menjaga dua spesies makhluk tersebut?

Encik Anuar: Hamba sudah hampir 6 tahun bertanggungjawab menjaga Mawar dan Seri namun hamba terlibat menjaga spesies ini sudah lama.Untuk pengetahuan tuan hamba, mawar dan seri merupakan spesies orang utan betina. Mawar berasal dari Borneo manakala Seri berasal dari Sumatera. Kedua-dua mereka berusia 6 tahun.

Pendekar:Sejak bilakah negara Zoo Melaka menerima kedatangan spesies haiwan ini?

Encik Anuar:Sudah lama tetapi spesies orang utan yang diterima agar liar dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan.Maka, anak yang dilahirkan oleh orang utan liar akan diasuh agar mudah mesra dengan manusia. Mawar dan Seri merupakan anak kelahiran orang utan liar.

Pendekar: Oh,begitu.Apakah penyakit yang sering dihadapi oleh orang utan?

Encik Anuar: Orang utan mudah demam.Sekiranya terdapat orang utan yang demam,maka dia akan diasingkan daripada kelompoknya.Hal ini demikian kerana,orang utan mudah dijangkiti penyakit.

Pendekar:Bagaimana pula makanan yang diberikan kepada mereka?

Encik Anuar:Lazimnya,mereka akan diberi buah-buahan segar.Negara Zoo Melaka mempunyai 9 ekor orang utan dan majoriti merupakan orang utan betina.Orang utan yang dipelihara ada juga yang merupakan hasil rampasan oleh Negara Jabatan Perhilitan.

Pendekar:Hamba begitu terpesona dengan penerangan yang diberikan oleh tuan hamba.Namun,masa mencemburui kita.Terima kasih atas ilmu yang berguna yang diberikan sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails