Carian

Wednesday, October 13, 2010

AKTIVITI DUA PULUH: SEHARI BERSAMA PELAJAR UPSR SK SERTING3

Salam kepada semua...

burung merbuk burung merpati,
pelajar sekolah rendah kami dekati.

Team Prihatin Orang Utan telah meneruskan usaha dengan pergi ke SK Serting 3. Kami mendekati pelajar-pelajar sekolah rendah kerana ingin menyuburkan semangat dan menimbulkan rasa prihatin mereka terhadap orang utan melalui kempen yang kami jalankan. Saudara Hafiz telah  memberikan taklimat betapa pentingnya memulihara spesis orang utan ini untuk kesinambungan hidup masa hadapan.Rata-rata adik-adik ini memberikan kerjasama yang cukup baik. Malah ada di antaranya yang telah dapat menjawab soalan kuiz spontan yang diberikan oleh team POU berkaitan orang utan. Terima kasih atas sokongan dan semoga segalanya mendapat rahmat daripada Tuhan.







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails