Carian

Tuesday, October 5, 2010

Diskusi 2:

Salam kepada semua

Team POU kembali lagi,
menjana idea merancang strategi.

Kami telah mengadakan perbincangan untuk merangka aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan warisan generasi orangutan yang semakin pupus. Kami menjana idea dengan bantuan guru penasihat untuk memberikan komitmen terbaik bagi memastikan kelancaran kempen ini. Semua ahli menunjukkan sikap positif dan sentiasa bersedia untuk menggerakkan aktiviti yang dirancang. Malah kami akan saling berbincang dalam memasukkan bahan ke dalam blog. Semangat kerjasama ini menjadi pegangan kami untuk memastikan kejayaan kempen yang dilaksanakan....Terima kasih atas kerjasama penyelaras Pusat Sumber SMKSJ yang memberikan kerjasama untuk menggunakan bilik audio sekolah yang mempunyai kemudahan internet untuk kami mencari bahan berkaitan orang utan.

Bekerjasama mencari bahan
Tekun
Blog kami...

Kerjasama dalam memasukkan bahan baru ke dalam blog
Tanggungjawab dipikul bersama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails