Carian

Wednesday, October 20, 2010

AKTIVITI EMPAT PULUH: PROGRAM KEMBARA PRIHATIN ORANG UTAN(PK POU)

Salam kepada semua...

Pergi melancong di Pulau Sipadan,
Program kembara kami teruskan.

Team pOu telah mengadakan Program Kembara Prihatin Orang Utan untuk pelajar lepasan PMR hasil kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Terdapat sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sembilan orang ahli yang telah menyertai program tersebut. Team Prihatin Orang Utan telah memilih beberapa sukarelawan bagi membantu menjayakan program ini. Objektif utama program ini ialah untuk menerapkan nilai kasih sayang para pelajar lepasan PMR terhadap spesis yang kian pupus ini.Terdapat lima checkpoint dan di setiap checkpoint mereka perlu menyelesaikan tugasan yang disediakan. Setiap checkpoint akan dijaga oleh dua orang sukarelawan.

PENYEDIAAN BAHAN DAN HADIAH

Pada malam sebelumnya, kami dan beberapa sukarelawan kami telah bertungkus-lumus menyediakan bahan dan hadiah kepada peserta dan pemenang kembara tersebut dengan harapan mereka berpuas hati dengan apa yang kami lakukan.
Bersemangat

Hulurkan bantuan

Nak buat promosi ke?

Tanpa henti membuat persiapan

Penyediaan bahan

Tunjuk ajar

Tekun sekali

Teliti

Hadiah-hadiah


PERJALANAN KEMBARA

(Checkpoint Lesen)
Sebagai permulaan, setiap peserta mestilah melepasi checkpoint lesen. Sekiranya mereka berjaya melepasi ckeckpoint tersebut, mereka akan menaiki kenderaan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali untuk menyelesaikan tugasan.
Tugasan:
  1. Bina pantun kasih sayang terhadap orang utan(1 rangkap, 4 kerat)
  2. Berikan nama saintifik orang utan (umum)
  3. Bina sorak orang utan
Perbincangan

Bekerjasama

Setiap kumpulan inginkan yang terbaik

Beri Tumpuan

Salah satu daripada sepuluh kumpulan

Setelah selesai, mereka akan diberikan klu seterusnya. Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan sorakan mereka di setiap checkpoint. 
(Checkpoint 1) 
Di checkpoint 1, mereka harus menyelesaiakn tugasan di mana mereka mesti melakonkan watak orang utan. Seorang wakil akan dipilih dan ahli yang lain akan meneka watak tersebut. Checkpoint di jaga oleh sukarelawan Marsha dan Illiyana.

Antara wataknya ialah:
Melakonkan watak orang utan

Cuba meneka

Macam malu-malu je?
  1. Orang utan nak makan
  2. Orang utan  pasing baton
  3. Orang utan merajuk
  4. Orang utan mabuk cinta
  5. Orang utan cari kutu
 Sekiranya penjaga checkpoint berpuas hati, mereka akan dapat klu seterusnya.

(Checkpoint 2)

Tugasan di Checkpoint kedua ialah "Radio Rosak". Seorang wakil akan di pilih untuk menjadi DJ radio rosak tersebut. Checkpoint ini dijaga oleh sukarelawan Anis dan Rokiah.
Tugasan:
"Mawar dan Seri pergi bercuti, bercuti jauh di Pulau Bali, menaiki teksi Abi Huzaimi, main jetski atas kereta api, berjumpa pula Lucas Podolski"

Bersungguh-sungguh

Mengingati ayat

Fokus


(Checkpoint 3)
Tugasan di checkpoint tiga ialah mereka perlu mencipta melodi lagu orang utan. Lirik lagu telah disediakan dan mereka cuma perlu mencipta atau mengambil melodi lagu lain. Checkpoint ini dijaga oleh sukarelawan Intan dan Fatin.
Tugasan:
1,2,3 mari dengar ini cerita,
kisah haiwan yang kian pupus,
yang bernama orang utan,(2x)

orang utan semakin pupus,
manusia semakin rakus,
dengan alam yang indah berseri,
mana pergi habitat ini?

orang utan semakin pupus,
bagaimana mereka meneruskan hidup?
habitatnya yang semakin hilang,
mari kita selamatkan orang utan,

mari,mari,mari(2x)
selamatkan orang utan,
mereka mahu hidup seperti kita,
semarakkan semangat ini,
demi selamatkan haiwan ini,



Bakal menjadi seperti Ajai dan Audi Mok

Menunggu giliran

Sabar dan tenang

(Checkpoint 4)
Tugasan di checkpoint empat ialah mereka perlu menghafal dan membaca ikrar kempen orang utan dengan bersemangat dan menghayati ikrar tersebut. Mereka akan diberikan klu seterusnya sekiranya penjaga checkpoint tersebut berpuas hati. Penjaga checkpoint empat ialai sukarelawan Aqlema dan Farahin.
Tugasan:
Bahawasanya kami dari "Prihatin Orang Utan" berikrar dan berjanji untuk:-
  1. Memberikan kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat akan peri pentingnya memelihara dan memulihara kehidupan orang utan.
  2. Mengajak dan berganding bahu dengan masyarakat untuk memberikan harapan kepada orang utan.
  3. Meningkatkan kefahaman orang ramai tentang orang utan. 
Membaca ikrar

Penuh semangat

(Checkpoint 5)
Di checkpoint lima, mereka perlu menyelesaikan tugasan di mana wakil setiap kumpulan perlu memperagakan gaya dan identiti orang utan. Sukarelawan Hadi dan Suhaimi telah menjaga checkpoint ini.
Rintangan!!!!
Di checkpoint ini terdapat satu-satunya rintangan di mana setiap kumpulan perlu mencari bahan kitar semula seperti kaca, aluminium, plastik dan kertas. Akhir sekali, mereka perlu bergerak ke tapak permulaan dan memperagakan orang utan mereka.

Dikenakan penalti

Biarpun dikenakan penalti tetapi tetap bersemangat
MAJLIS PENUTUPAN
Majlis penutupan telah di jalankan setelah setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint. Kami juga telah memberi laluan kepada kaunselor sekolah untuk memberikan sedikit ucapan.


Ucapan daripada kaunselor

Tahniah!!

Tepukan sokongan

Sokongan yang tidak terbalas

PENYAMPAIAN HADIAH

Terdapat beberapa kategori telah di anjurkan. Antaranya ialah pemenang di setiap checkpoint, kumpulan paling sporting, kumpulan paling berdisiplin, kumpulan paling bekerjasama, sorakan kumpulan terbaik, kumpulan paling cepat sampai dan hadiah individu iaitu orang utan paling comel. Cenderamata juga telah diberikan kepada setiap sukarelawan dan guru kaunseling atas kerjasama mereka.

Pemenang Kembara

Pemenang Checkpoint

Sempat lagi bergaya

Senyum biarpun keletihan

Masih bersemangat

Pemenang kumpulan paling sporting


Kumpulan paling berdisiplin

Kumpulan paling bekerjasama

Hadiah individu "orang utan paling comel"

Cenderamata Sukarelawan

Sukarelawan kembara

Penjaga checkpoint dua

Kegembiraan teserlah

Jasamu dikenang
Terima kasih

Cenderamata Kaunselor

Ustaz Mohamad Asri bin Husin
Pn. Norafiza bt Mohd Nor
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pelajar lepasan PMR atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan. Kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini. Kami harap anda semua terhibur.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails