Orangutan adalah spesis terbesar yang berada di Asia Tenggara (di Borneo dan Sumatera). Spesis ini kebanyakannya tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain menggunakan lengannya.
ANATOMI
-Orangutan mempunyai badan yang besar, leher yang tebal, lengan yang kuat dan sangat panjang, kaki yang bengkok dan tiada ekor.
BULU
-Mereka diseliputi oleh bulu yang berwarna coklat cair atau coklat gelap dan panjang.
KEPALA
-Orangutan mempunyai kepala yang besar dan mulut yang menonjol kehadapan.
DERIA
-Orangutan mempunyai deria yang sama seperti manusai iaitu deria penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan sentuhan.
SAIZ DAN BERAT
-Saiz orangutan adalah 2/3 daripada saiz gorilla. Beratnya pula bagi betina 50kg (2.6 hingga 3.5 kaki). Bagi jantan 90kg( 3.2 hingga 4.5 kaki).
Carian
Monday, October 18, 2010
Thursday, October 14, 2010
AKTIVITI TIGA PULUH: MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON
Salam kepada semua...
perjuangan negara di atas bahtera,
beralih pula ke Muzium Tentera.
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.Kami turut pergi ke Muzium Tentera yang berhampiran dari kem tentera. Di sana, kami menemui ramai pengunjung yang berkunjung. Kami sempat berjumpa dengan beberapa Pegawai Tentera yang menjaga muzium tersebut. Mereka begitu kagum dengan hasrat murni kami.Sokongan mereka tidak dengan kata-kata sahaja, mereka juga menandatangani buku petisyen yang kami bawa.
Muzium Tentera Darat |
Pintu masuk |
Penerangan Hafiz kepada Pegawai Tentera di sana. |
Sokongan melalui tandatangan |
Sempat lagi bergaya |
Pekerja di muzium tentera |
Prihatin |
Pengunjung yang datang |
Begitu tekun sekali |
Bergambar bersama pengunjung |
AKTIVITI DUA PULUH SEMBILAN: KEM TENTERA DARAT PORT DICKSON
Salam kepada semua...
semerah padi semangat mentera,
bergerak pula ke kem tentera.
Kami meneruskan perjalanan kempen kami ke Kem Tentera Darat Port Dickson. Pada hari yang sama, berlansung juga Majlis Penutupan Tamat Latihan Perajurit. Kami mengambil kesempatan untuk menyebarkan risalah kami kepada perajurit dan pegawai di kem tentera serta para pengunjung. Kami mendapat sokongan padu dan ucapan tahniah daripada mereka.
Di hadapan pintu masuk kem tersebut |
Menandatangani buku petisyen |
Turut memberikan sokongan |
Sokongan |
Di balai pengawal |
Tunjukkan prihatin |
Hulurkan sokongan |
Macam takut je? |
Sempat lagi bergambar |
Ambil kesempatan pulak tu. |
Prihatin terhadap kepupusan orang utan |
Subscribe to:
Posts (Atom)