Projek pemulihan orang utan Sabah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961. Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan bahagian mergastua dalam Jabatan Perhutanan dan merangka Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963.
Dengan bantuan Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia yang baru ditubuh-kan,Puan Barbara Harrisson, isteri kepada Kurator Muzium Sarawak telah melawat Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) dan melaporkan bahawa Orangutan adalah haiwan terancam dan mengalami kepupusan. Di Sabah, orangutan adalah haiwan dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.
1965 - Renjer mergastua yang pertama Kapis Siridion dan Orang Utan Amit. 1965 - First game ranger, Kapis Siridion and Orang Utan | |
Warden mergastua pertama En. G.S De Silva dan ahli Botani terkenal W.Meijer First game warden Mr. G.S De Silva and famous botanist W.Meijer |
Pusat ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1964 di bawah pentadbiran bahagian Mergastua. Jabatan Perhutanan Sabah dan kini setetah bahagian ini dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan pada 1988, segala pengurusan dan pentadbiran hidupan liar telah dikelolakan oleh Jabatan Hidupan Liar di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar. Objektif utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat kembali semula hidup di dalam hutan. Namun pada tahun kebelakangan ini objektif tersebut telah diperluaskan kepada pendidikan konservasi, penyelidikan dan kebajikan terhadap Jenis-jenis hidupan liar yang lain seperti pembiakan badak dalam kurungan.
Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Dl-samping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsi-fungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantina dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orangutan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain.
Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain telah menarik minat kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undang-undang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.

Pandangan atas Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok
APAKAH DIA PROSES PEMULIHAN?
Kemasukan
Proses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak-anak orang utan ini terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan. |
Pusat kuarantin | Apabila sahaja orangutan tiba di pusat ini, ianya akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak orangutan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan orangutan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus). |
Taman Asuhan
Sebaik sahaja selesai menjalani pering-kat kuarantina, orangutan akan dinilai sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orangutan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi orangutan yang dibebaskan di taman asuhan, orangutan ini akan dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat me-manjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharap-kan agar mereka dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan.
Pelantar Makan A (Latihan Semangat)
Setelah orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula- Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali daiam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan vitamin. Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)
Akhir sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari makanan sendiri, iatihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, orang utan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini ditubuhkan, lebih kurang 100 ekor orangutan telah berjaya dipulihkan dan balik ke dalam hutan.
No comments:
Post a Comment