Carian

Tuesday, August 31, 2010

wahhh...hebat!!!!!!

Orang Utan penjana sumber industri pelancongan Sarawak

KUCHING: Pakej ‘Earth Guest Discovery, Heart- 2Heart With Orang Utan yang pertama di Sarawak dan dunia diperkenalkan semalam hasil inisiatif Hotel Pullman Kuching dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC).
PERTAMA DI DUNIA: Len Talif (dua, kanan) dan Mini memecah kuib ais sebagai simbolik perasmian “The Earth Guest Discovery with Heart2Heart with Orangutan Package”. — Gambar Johnathan Bullet
PERTAMA DI DUNIA: Len Talif (dua, kanan) dan Mini memecah kuib ais sebagai simbolik perasmian “The Earth Guest Discovery with Heart2Heart with Orangutan Package”. — Gambar Johnathan Bullet
Majlis pelancaran pakej itu disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber yang juga Pengurus Besar SFC, Datuk Len Talif Salleh.
Len Talif memberitahu, SFC menyokong penuh agenda ‘hijau’ hotel berkenaan kerana ia seiring dengan objektif pemeliharaan SFC, terutama hidupan liar seperti Orang Utan yang dianggap sebagai warisan utama.
“Pakej yang pertama di dunia diperkenalkan hotel lima bintang ini sudah tentu akan memperhebatkan lagi usaha kita meningkat kesedaran dan penglibatan dalam akiviti-aktiviti pemeliharaan.
“Dengan merasai dan melihat dengan mata sendiri, kita percaya ia akan mewujudkan keinginan tinggi serta komitmen dalam kalangan orang ramai membantu kita melindungi, memelihara dan memulihara hidupan liar,” kata Len Talif.
Menyentuh mengenai populasi Orang Utan di negeri ini, Len Talif yang juga Pengarah Jabatan Hutan berkata, setakat ini dianggarkan 2,500 ekor yang dijumpai di Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Batang Ai dan Taman Negara Ulu Sebuyau membabitkan kawasan seluas 250,000 hektar.
“Sehingga hari ini 19 bayi Orang Utan dilahirkan iaitu 15 ekor di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan empat lagi di Pusat Hidupan Liar Matang. Dimaklumkan bayi terbaru lahir di Pusat Hidupan Liar Semenggoh bulan lepas oleh ibunya dikenali Minah menjadikan jumlah keseluruhan Orang Utan 25 ekor di pusat berkenaan,” katanya.
Len Talif berkata, kerajaan menerusi SFC amat mengambil berat terhadap usaha memelihara serta melindungi hidupan liar termasuk Orang Utan di negeri ini menerusi undang-undang yang ketat, diikuti penguatkuasaan tegas yang dimulakan semenjak 1960an lagi.
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Pullman Kuching, Fabrice Mini berkata pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen hotel berkenaan terlibat secara aktif dalam tanggungjawab social korporat (CSR).
Tujuan pengenalan pakej berkenaan, katanya adalah bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman tetamu hotel berkenaan mengenai Orang Utan dan usaha pemuliharaan haiwan berkenaan di Sarawak.
“Pakej khas ini diperkenalkan untuk menggalakkan tetamu hotel ini dari seluruh dinia melihat secara langsung dengan program ‘Heart- 2Heart With Orang Utan’ tanpa banyak masalah kerana segala-galanya akan diurus terus oleh pihak hotel.
“Ini melibatkan pendaftaran, pengangkutan dan empat pilihan makan tengah hari (semasa) perkelahan yang terangkum dalam pakej ‘Earth Guest Discovery’ dengan bayaran sama jika tempahan dibuat terus dengan SFC tanpa bayaran tambahan,” jelas Mini.
Mini memberitahu, pakej itu adalah program sehari yang membolehkan peserta melawat pusat pemuliharaan Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang.
“Sebaik tiba di pusat-pusat hidupan liar dimaksudkan, peserta akan diberi taklimat mengenai program pemeliharaan sebelum dibawa melawat ke sekitar pusat berkenaan.

1 comment:

  1. wah....
    msti dowg lps nie dowg lg ambl brt dgn orang utan..
    bravooooooooo!!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails