Salam kepada semua...
Team Prihatin Orang Utan mengorak langkah pertama... BAZAR RAMADAN
Hafiz dan Salihah telah diberi mandat untuk menguruskan hal berkaitan memperbanyak phamplet bagi edaran untuk orang ramai di BAZAR RAMADAN...
Kakitangan kedai fotostat terbabit telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses berlangsung...Terima kasih sekalung budi...Nanti bolehlah minta tolong lagi...
Sejurus selepas itu kami pasukan PRIHATIN ORANG UTAN telah mengambil peluang mengedarkan 'phamplet' di Bazar Ramadan Bandar Seri Jempol. Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar walaupun orang ramai sibuk membeli juadah berbuka puasa. Kami juga sangat bersyukur kerana mereka memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada kami.
Hafiz menerangkan perihal aktiviti kami kepada pekerja di kedai fotostat sementara menunggu phamplet yang sedang di fotostat. |
Demi tugas, atas motor pun tidak menjadi masalah. |
Salihah dan Hafiz bertungkus lumus melipat phamplet sebelum diedarkan |
Antara aksi yang dapat dirakam ketika aktiviti |
Penerangan yang menarik minat pengunjung di sana... |
Jururawat turut menyokong usaha kami |
Anggota polis yang memberikan sokongan padu atas usaha memulihara spesis orang utan |
Tanjung Tokong Kuala Tahan,
Pagar para dibaluti bunga.
Segala sokongan amat diharapkan
Agar usaha diberkati olehNya.
Terima kasih daun keladi!
No comments:
Post a Comment