Carian

Thursday, September 23, 2010

AKTIVITI EMPAT: TAMAN MINI MALAYSIA DAN MUZIUM LEBAH


Salam kepada semua...

Beli baju di gedung Sakan,
Destinasi baru kami tujukan.


Selepas kami menyebarkan risalah dan phamplet di Zoo Melaka kami bergegas ke Taman Mini Malaysia untuk meneruskan misi. Di sini kami memegang prinsip baru iaitu “pelancong antarabangsa jadi tumpuan, agar penyebaran memberi kesan” di sana kami menemui beberapa pelancong asing. Antaranya adalah dari negara Nigeria dan Itali. Kami sempat memberikan sedikit penerangan tentang kepupusan orang utan. Mereka turut memberikan kerjasama yang padu akan usaha kami. Selain pelancong asing, kami turut menyebarkan risalah kami di kedai-kedai cenderamata yang berhampiran.Malah para pengunjung tempatan tidak ketinggalan memberi kerjasama dan sokongan atas usaha murni memulihara spesis orang utan.

Kami turut berkesempatan menyebarkan risalah di Muzium Lebah...Para petugas di sana memberikan kerjasama yang baik...terima kasih sekalung budi.

Taman Mini Malaysia
Pelajar dari Nigeria
Tanda sokongan
Bersama memulihara spesis orang utan
Pelancong dari Itali
Sokongan dari pelancong amat kami hargai
Peniaga di gerai di Mini Malaysia
Adik-adik yang turut menyokong usaha kami
Tandatangan bang......
Kami prihatin
Muzium lebah
Tanda sokongan petugas di Muzium Lebah

AKTIVITI TIGA: ZOO MELAKA


Salam kepada semua... 

pohon cemara pohon berduri,
marilah dengar cerita kami.

15 September 2010 dan seawal  jam lapan pagi kami telah bertolak dari perkarangan sekolah tercinta kami…. iaitu SMK Seri Jempol.
Kami berempat bersama  tiga guru pengiring  telah pergi melawat Zoo Melaka dengan satu misi “memperluas penyebaran, keprihatinan diberikan”.. Maka sesuai dengan misi tersebut kami mengharapkan setiap anggota masyarakat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya atas usaha kami.ini. Lantaran tindakan mempelbagaikan penyebaran maklumat telah dan akan dilaksanakan agar setiap masyarakat sedar akan kepupusan orang utan…

 

Prihatin bersama kami memulihara spesies Orang Utan.



 Team POU

 
 Zoo Melaka

 
 Sokongan petugas Zoo Melaka

 
 Encik Masri menyatakan sokongan


 
 Penerangan Hafiz kepada pengunjung
 
 Tandatangan kak!


 
 Sokonglah POU

 
 Kasihi Mawar (orangutan)
 
 Encik Muhazir (GPK Kokurikulum)
 
 Tak takut ke Nina?
 
 Encik Anuar yang melatih Mawar

 Bersama petugas Zoo Melaka yang melatih dan menjaga orangutan

 
 Sokongan pengunjung hari itu
 
 Hafiz dan Seri (orang utan)

 
 Bersama memulihara spesis orangutan
 
 Sukanya....

 
Kami juga tidak melepaskan peluang memperluas penyebaran maklumat. Kami telah mengambil kesempatan menyebarkan risalah di kawasan tempat letak kereta di Zoo Melaka tersebut. 


Wednesday, September 22, 2010

Ceritera "Seri" "Mawar"

 Salam kepada semua.........

Tangkap burung dalam hutan,
Apa lagi pasal orang utan?

Tersebut al hikayat pada suatu masa dahulu,terdapat 4 pendekar dan 3 pembesar berhasrat untuk melawat ke negara Zoo Melaka. Diceritakan orang di negara tersebut terdapat dua spesies makhluk yang kian terancam yang bernama Mawar dan Seri.Tanggal 15 September 2010 menjadi tarikh keramatnya.
Tatkala embun pagi masih menitis, para pendekar dan pembesar tersebut meneruskan misi mereka untuk melawat ke negara Zoo Melaka dengan menunggang seekor binatang yang bernama 'kereta'.Usai tiba di sana, mereka disambut dengan senyuman manis yang terukir di bibir para hulubalang negara tersebut. Mereka kemudiannya dibawa masuk ke Istana Pejabat Zoo Melaka untuk bertemu salah seorang memanda menteri negara tersebut iaitu Encik Masri.



Selesai beramah mesra bersama Encik Masri,para pembesar dan pendekar terbabit dibawa melihat kawasan sekeliling negara tersebut.Tatkala bersiar-siar di kawasan taman,,hati para pembesar dan pendekar terbabit bagai dicuit-cuit melihat telatah dua spesies makhluk yang bernama Mawar dan Seri itu.Meskipun telatah mereka lincah namun  wajah mereka kelihatan suram. Begitu tersentuh hati para pendekar terbabit.



Lamunan para pendekar terbabit berkecai apabila mereka disapa oleh Encik Anuar yang merupakan pelatih dua  spesies makhluk tersebut.Berikut merupakan wawancara bersama Encik Anuar:



Pendekar: Assalamualaikum...Bolehkah hamba mengajukan beberapa soalan perihal dua makhluk itu?

Encik Anuar: Waalaikumussalam.Sudah semestinya boleh.

Pendekar:Sudah lamakah tuan hamba menjaga dua spesies makhluk tersebut?

Encik Anuar: Hamba sudah hampir 6 tahun bertanggungjawab menjaga Mawar dan Seri namun hamba terlibat menjaga spesies ini sudah lama.Untuk pengetahuan tuan hamba, mawar dan seri merupakan spesies orang utan betina. Mawar berasal dari Borneo manakala Seri berasal dari Sumatera. Kedua-dua mereka berusia 6 tahun.

Pendekar:Sejak bilakah negara Zoo Melaka menerima kedatangan spesies haiwan ini?

Encik Anuar:Sudah lama tetapi spesies orang utan yang diterima agar liar dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan.Maka, anak yang dilahirkan oleh orang utan liar akan diasuh agar mudah mesra dengan manusia. Mawar dan Seri merupakan anak kelahiran orang utan liar.

Pendekar: Oh,begitu.Apakah penyakit yang sering dihadapi oleh orang utan?

Encik Anuar: Orang utan mudah demam.Sekiranya terdapat orang utan yang demam,maka dia akan diasingkan daripada kelompoknya.Hal ini demikian kerana,orang utan mudah dijangkiti penyakit.

Pendekar:Bagaimana pula makanan yang diberikan kepada mereka?

Encik Anuar:Lazimnya,mereka akan diberi buah-buahan segar.Negara Zoo Melaka mempunyai 9 ekor orang utan dan majoriti merupakan orang utan betina.Orang utan yang dipelihara ada juga yang merupakan hasil rampasan oleh Negara Jabatan Perhilitan.

Pendekar:Hamba begitu terpesona dengan penerangan yang diberikan oleh tuan hamba.Namun,masa mencemburui kita.Terima kasih atas ilmu yang berguna yang diberikan sebentar tadi.

Related Posts with Thumbnails