Salam kepada semua...
Beli baju di gedung Sakan,
Destinasi baru kami tujukan.
Selepas kami menyebarkan risalah dan phamplet di Zoo Melaka kami bergegas ke Taman Mini Malaysia untuk meneruskan misi. Di sini kami memegang prinsip baru iaitu “pelancong antarabangsa jadi tumpuan, agar penyebaran memberi kesan” di sana kami menemui beberapa pelancong asing. Antaranya adalah dari negara Nigeria dan Itali. Kami sempat memberikan sedikit penerangan tentang kepupusan orang utan. Mereka turut memberikan kerjasama yang padu akan usaha kami. Selain pelancong asing, kami turut menyebarkan risalah kami di kedai-kedai cenderamata yang berhampiran.Malah para pengunjung tempatan tidak ketinggalan memberi kerjasama dan sokongan atas usaha murni memulihara spesis orang utan.
Kami turut berkesempatan menyebarkan risalah di Muzium Lebah...Para petugas di sana memberikan kerjasama yang baik...terima kasih sekalung budi.
Kami turut berkesempatan menyebarkan risalah di Muzium Lebah...Para petugas di sana memberikan kerjasama yang baik...terima kasih sekalung budi.
Taman Mini Malaysia |
Pelajar dari Nigeria |
Tanda sokongan |
Bersama memulihara spesis orang utan |
Pelancong dari Itali |
Sokongan dari pelancong amat kami hargai |
Peniaga di gerai di Mini Malaysia |
Adik-adik yang turut menyokong usaha kami |
Tandatangan bang...... |
Kami prihatin |
Muzium lebah |
Tanda sokongan petugas di Muzium Lebah |
No comments:
Post a Comment