ARKIB : 11/08/2010
Sultan Perak rasmi Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah
BAGAN SERAI 10 Ogos - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam berkenan merasmikan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUIF) di Bukit Merah Laketown Resort di sini.
Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta kerabat diraja yang lain.
Pulau Orang Utan Bukit Merah merupakan satu-satunya pusat pemuliharaan dan penyelidikan orang utan 'ex-situ' di dunia.
Dalam lawatan tersebut, rombongan diraja diberi taklimat dan penerangan pembangunan serta operasi Pulau Orang Utan oleh Pengurus Kanan Perkhidmatan Veterinar, Dr. D. Sabapathy.
Antara lain, taklimat tersebut menyentuh peranan BMOUIF menyelamatkan populasi haiwan itu yang semakin terancam.
Baginda berdua dan rombongan turut melihat sendiri pendekatan yang digunakan bagi memastikan kelangsungan habitat orang utan.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah BMOUIF, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Latiff Mohammad serta ahli-ahli lembaga pemegang amanah yang lain.
Dalam ucapannya, Mustapha Kamal berkata, objektif yayasan adalah menjalankan dan menyediakan perkhidmatan veterinar khusus bagi anak-anak orang utan akibat penjagaan ibu yang tidak sempurna selain melakukan kerja-kerja penyelidikan serta perubatan veterinar.
''BMOUIF akan terus menjalankan program pembiakan dalam mengekalkan populasi orang utan melalui program 'ex-situ' yang dijalankan selari dengan dasar kerajaan dalam pemuliharaan spesies hidupan liar yang terancam.
''Apa yang diharapkan agar usaha murni yang dijalankan ini dapat menggalakkan penyertaan umum," katanya.
Selain kemudahan untuk pembiakan dan pemuliharaan orang utan, Pulau Orang Utan turut dilengkapi dengan pusat sumber, bilik teater serta terowong sepanjang 100 meter yang dikhaskan kepada pengunjung dan penyelidik yang ingin melihat secara dekat aktiviti haiwan tersebut
No comments:
Post a Comment