Carian

Monday, October 18, 2010

INFO ORANGUTAN

Orangutan adalah spesis terbesar yang berada di Asia Tenggara (di Borneo dan Sumatera). Spesis ini kebanyakannya tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain menggunakan lengannya.

ANATOMI
-Orangutan mempunyai badan yang besar, leher yang tebal, lengan yang kuat dan sangat panjang, kaki yang bengkok dan tiada ekor.
BULU
-Mereka diseliputi oleh bulu yang berwarna coklat cair atau coklat gelap dan panjang.
KEPALA
-Orangutan mempunyai kepala yang besar dan mulut yang menonjol kehadapan.
DERIA
-Orangutan mempunyai deria yang sama seperti manusai iaitu deria penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan sentuhan.
SAIZ DAN BERAT
-Saiz orangutan adalah 2/3 daripada saiz gorilla. Beratnya pula bagi betina 50kg (2.6 hingga 3.5 kaki). Bagi jantan 90kg( 3.2 hingga 4.5 kaki).

Thursday, October 14, 2010

AKTIVITI TIGA PULUH: MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Salam kepada semua...

perjuangan negara di atas bahtera,
beralih pula ke Muzium Tentera.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.Kami turut pergi ke Muzium Tentera yang berhampiran dari kem tentera. Di sana, kami menemui ramai pengunjung yang berkunjung. Kami sempat berjumpa dengan beberapa Pegawai Tentera yang menjaga muzium tersebut. Mereka begitu kagum dengan hasrat murni kami.Sokongan mereka tidak dengan kata-kata sahaja, mereka juga menandatangani buku petisyen yang kami bawa.

Muzium Tentera Darat

Pintu masuk

Penerangan Hafiz kepada Pegawai Tentera di sana.

Sokongan melalui tandatangan

Sempat lagi bergaya

Pekerja di muzium tentera

Prihatin

Pengunjung yang datang

Begitu tekun sekali

Bergambar bersama pengunjung

AKTIVITI DUA PULUH SEMBILAN: KEM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Salam kepada semua...

semerah padi semangat mentera,
bergerak pula ke kem tentera.


Kami meneruskan perjalanan kempen kami ke Kem Tentera Darat Port Dickson. Pada hari yang sama, berlansung juga Majlis Penutupan Tamat Latihan Perajurit. Kami mengambil kesempatan untuk menyebarkan risalah kami kepada perajurit dan pegawai di kem tentera serta para pengunjung. Kami mendapat sokongan padu dan ucapan tahniah daripada mereka. 

Di hadapan  pintu masuk kem tersebut

Menandatangani buku petisyen

Turut memberikan sokongan

Sokongan
Di balai pengawal
Tunjukkan prihatin
Hulurkan sokongan
Macam takut je?
Sempat lagi bergambar
Ambil kesempatan pulak tu.

Prihatin terhadap kepupusan orang utan


Related Posts with Thumbnails